BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANMALAYSIA MADANI

Sekolah vertikal utamakan keselamatan, reka bentuk lebih teratur daripada sekolah sedia ada – PM Anwar

PETALING JAYA – Pembinaan sekolah vertikal dalam pembangunan Kota MADANI akan menetapkan syarat keselamatan pembangunan yang ketat di mana reka bentuknya lebih teratur berbanding sekolah sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun menyedari kebimbangan ibu bapa mengenai pembinaan sekolah sebegini namun aspek keselamatan tidak akan dikompromi.

“Mengenai sekolah vertikal, mula-mula ibu bapa khuatir, takut (murid) jatuh. Mereka mendiami rumah pangsa tak mengapa pula, tetapi sekolah (vertikal) tak boleh, saya pun tak faham juga.

“Kota MADANI di Putrajaya memang (akan diperkenalkan) sekolah vertikal dan parkir semua di bawah, aras perumahan memang betul-betul ‘garden’ (taman), manakala sekolah di atas.

“Sekolah kalau ada lif ia akan jadi lif khusus untuk sekolah sahaja, jadi anda boleh jalan dari tingkat 14 ke bawah untuk tadika atau sekolah, tetapi syaratnya (pembinaan) ketat,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6, di sini malam ini.

Hadir sama di forum itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Datuk Prof Dr Ahmad Fargan Mohd Sadullah.

Buat masa ini, kerajaan sudah merancang membina Kota MADANI di Putrajaya dan Pulau Pinang.

Di Putrajaya, pembangunan itu melibatkan kawasan seluar 102 ekar yang bakal menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman untuk 30,000 penduduk dan dibina secara vertikal berintensiti tinggi

Di Pulau Pinang pula, ia melibatkan 10,000 unit perumahan di Seberang Jaya dan Batu Kawan, masing-masing di Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah.

“Ia termasuk sekolah vertikal, balai bomba, klinik yang semuanya di sekeliling situ jadi orang tak perlu bayar kos (pengangkutan). Nanti MRT tak laku sebab orang tak pakai, ini boleh mengurangkan beban pengangkutan awam,” kata Anwar lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button