BERITA SEMASA

Sekatan akses ke atas Grok di platform X ditarik balik

CYBERJAYA – Sekatan akses sementara ke atas penggunaan aplikasi Grok di platform X telah ditarik balik berkuat kuasa hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia susulan pengesahan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan tambahan oleh pihak platform berkenaan.

“Pada 21 Januari lalu, satu mesyuarat telah diadakan antara Kementerian Komunikasi, MCMC serta wakil platform X berhubung aplikasi Grok.

“Mesyuarat berkenaan diadakan bagi mendapatkan penjelasan dan komitmen pihak platform X berhubung langkah pencegahan serta pematuhan undang-undang Malaysia, di mana pihak X telah mengesahkan bahawa langkah keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan terhadap aplikasi Grok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sehubungan itu katanya, setelah mengambil kira penjelasan dan pengesahan awal yang dikemukakan, MCMC telah menarik balik sekatan akses sementara yang dikenakan terhadap aplikasi Grok, tertakluk kepada pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa.

MCMC menegaskan bahawa keselamatan pengguna kekal sebagai keutamaan.

“Sebarang kegagalan pematuhan atau pelanggaran undang-undang Malaysia akan ditangani secara tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button