BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

MCMC berjaya peroleh injunksi halang penyiaran kandungan mudarat di platform Telegram

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan injunksi Erinford yang difailkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung tindakan sivil terhadap platform Telegram, sementara menunggu pendengaran rayuan interlokutori di Mahkamah Rayuan.

Menurut MCMC, keputusan itu merupakan langkah penting dalam usaha berterusan MCMC memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, bertanggungjawab serta
selaras dengan kepentingan awam.

“Mahkamah membenarkan Injunksi Erinford bagi melarang penyiaran kandungan yang memudaratkan seperti yang dinyatakan
dalam Pernyataan Tuntutan MCMC, termasuk apa-apa kandungan lain yang mempunyai ciri atau kesan serupa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, MCMC memaklumkan, mahkamah turut memerintahkan penutupan sepenuhnya saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas serta mana-mana saluran lain yang mempunyai persamaan dari segi kandungan atau modus operandi.

Jelas MCMC, perintah injunksi itu bertujuan mengelakkan penyebaran kandungan palsu, mengelirukan, menghasut serta bahan yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi awam negara melalui saluran-saluran di platform tersebut.

“Dalam keputusannya, mahkamah menegaskan bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.

“Keseimbangan keadilan jelas berpihak kepada MCMC memandangkan kemudaratan kepada pihak Telegram adalah minimum berbanding potensi kesan negatif terhadap institusi negara dan ketenteraman awam sekiranya kandungan sedemikian terus disiarkan,” katanya.

Mahkamah turut mengingatkan penyedia platform luar negara seperti Telegram, walaupun mungkin tidak memahami sepenuhnya struktur sosial dan budaya unik Malaysia, hendaklah sentiasa peka serta menghormati konteks perlembagaan dan sosial negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button