
BERITA SEMASA
Sekat kandungan pro Palestin: Tindakan tegas tidak teragak-agak dikenakan kepada TikTok, Facebook
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi teguran yang keras terhadap TikTok dan META berhubung sekatan terhadap kandunga. pro Palestin.
Beliau berkata, isu tersebut tidak boleh diabaikan.
“Saya telah minta SKMM untuk beri teguran yang keras kepada TikTok dan META dalam isu ini.
“Kalau isu ini diabaikan, saya tidak teragak-agak untuk ambil pendekatan dan pendirian yang amat tegas,” katanya.
Pengguna kedua-dua aplikasi itu tidak berpuas hati apabila TikTok dan META yan menguruskan Facebook menyekat kandungan yang pro Palestin.
Malah terdapat akaun yang telah disekat gara-gara memihak kepada Palestin dan menyelar tindakan biadab Israel.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








