POLITIK

‘Sebagai Ketua Pembangkang, saya bebas bertemu siapa sahaja’

LARUT – Bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan beliau bebas untuk bertemu dengan sesiapa sahaja selagi masih bergelar Ketua Pembangkang.

Beliau berkata, dakwaan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mengkhianati parti kerana bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak berasas, lapor KOSMO.

“Ini saya nak bagitahu, saya Ketua Pembangkang. Saya nak jumpa Anthony Loke, boleh? Saya Ketua Pembangkang, dia Menteri.

“Saya ketua Pembangkang, nak jumpa Timbalan Perdana Menteri, boleh? Dia (Muhyiddin) takut apa? Takkanlah Ahmad Zahid boleh jatuhkan dia sebagai Presiden parti?

“Itu hanya alasan untuk pecat saya dari parti. Jadi bagi saya tak payahlah cerita panjang-panjang. Ini macam budak-budaklah,” katanya ketika ditemui di Madrasah Hafizah Sg. Bayor, di Selama hari ini.

Mengenai desas desus beliau akan mengambil alih kepimpinan sebuah parti politi, Hamzah berkata perbincangannya dengan Parti Keluarga Malaysia (PKM) telah mencapai tahap 90 peratus, namun enggan mengesahkan status penyertaannya.

“Kita masih perlu menilai beberapa perkara, antaranya tujuan parti itu ditubuhkan dan sama ada matlamatnya selari dengan pendirian serta perjuangan saya. Semua itu perlu difikirkan dengan teliti dan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.

“Sebab itulah saya katakan proses ini mungkin memerlukan sedikit masa, walaupun pada masa ini perbincangan dengan parti tersebut sudah berada pada peringkat yang sangat hampir kepada keputusan,” katanya.

Beliau turut berkata, PKM juga bukanlah satu-satunya parti yang ditemui beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button