POLITIK

‘Surat letak jawatan Hamzah palsu’

CYBERJAYA – Pejabat Ketua Pembangkang mengesahkan surat yang mendakwa Datuk Seri Hamzah Zainudin meletak jawatan seperti yang tular di media sosial adalah palsu.

Perkara itu disahkan salah seorang pegawainya ketika dihubungi, malam tadi.

Terdahulu, tular dua pucuk surat menggunakan kepala surat Pejabat Ketua Pembangkang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kononnya Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang.

Kandungan surat itu memaklumkan pelepasan jawatan dibuat selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan mengambil kira realiti serta keperluan politik semasa.

Terdahulu, Muhyiddin pagi tadi mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Related Articles

Selain Muhyiddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Antara yang turut meletak jawatan termasuk Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dan Pengerusi PN Sarawak, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button