PRN Sabah: PN sedia kerjasama dengan mana-mana parti untuk tubuh kerajaan negeri
PENAMPANG – Perikatan Nasional (PN) terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menubuhkan kerajaan negeri Sabah selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 diumumkan 29 November ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon PN PRN Sabah, di sini hari ini.
“Kita terbuka bekerjasama dengan parti lain nanti, iaitu parti yang sealiran, seideologi. Jadi kita tiada masalah, yang penting mereka sedia bekerjasama dengan kita.
“Kalau dapat dilakukan, maka mudah untuk kita bentuk kerajaan nanti,” katanya.
Kata Muhyiddin, terdapat banyak parti yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PN, namun beliau enggan mendedahkan parti yang dimaksudkan.
“Banyak yang mendekati kita, saya tak sebut siapa tapi tak payahlah saya umun. Apa yang saya boleh cakap ialah ada perbincanganan strategik bagaimana untuk membentuk kerajaan dan kongsi kuasa,” katanya.
Mengenai calon PN bagi PRN kali ini, Muhyiddin berkata ia terdiri daripada 40 calon dengan lima mewakili PAS, diikuti tiga daripada Gerakan, manakala selebihnya BERSATU Sabah.
Daripada jumlah itu, 90 peratus merupakan muka baharu dengan lima calon wanita ditampilkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi, Sulaman, Darau, Sungai Sibuga dan Silam.
Beliau turut berkata, jumlah kerusi yang ditandingi PN juga adalah munasabah bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan jika memenangi semua kerusi ditandingi.
“Kerusi yang kita pilih ini adalah berdasarkan maklumat di lapangan dan kita tidak kisah berdepan banyak parti, lebih banyak lebih meriah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya ada satu lagi kerusi bakal ditandingi PN iaitu Sindumin, namun belum diumumkan calon.
SENARAI CALON PN BAGI PRN SABAH ke-17
1. N01.Banggi – Rahimah Majid
2. N02.Bengkoka – Berusli Kimin
3. N04.Tanjung Kapor – Muhammad Affan Jumahat
4. N08.Pintasan – Awang Salleh Makmud
5. N12.Sulaman – Datin Tiaminah @ Siti Akinah Ele
6. N13.Pantai Dalit – Mohd Zulkernain Osman
7. N16.Karambunai – Datuk Dr Aliakbar Gulasan
8. N17.Darau – Nabila Norsahar
9. N21.Luyang – Ooi Hong Wee
10. N22.Tanjong Aru – Suhaimi Buang
11. N24.Tanjung Keramat – Farish Adamz Shah @ Kanny
12. N26.Moyog – Francis Mojikon
13. N27.Limbahau – Adrian Alexander
14. N29.Pantai Manis – Faizal Julaili
15. N30.Bongawan – Ridzuan Agus
16. N32.Klias – Mohd Hisyam Hazaril
17. N36.Kundasang – Dr Atong Antong
18. N41.Liawan – Johny @ John Anthony
19. N46.Nabawan – Sayau Tangkap
20. N47.Telupid – Jamin Jamri
21. N48.Sugut – Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
22. N49.Labuk – Asmad Nasir
23. N50.Gum Gum – Yunus Nurdin
24. N51.Sungai Manila – Yusri Abu
25. N52.Sungai Sibuga – Norani Asmatil
26. N53.Sekong – Mohd Fazriee Awang
27. N55.Elopura – Mohd Firdaus @ Silvester Abdullah
28. N56.Tanjong Papat – Koa Wei Yang
29. N58.Lamag – Mazlin Madali
30. N59.Sukau – Pengiran Petra Pengiran Asri
31. N62.Silam – Borkes @ Balkis Kalinggalan
32. N63.Kunak – Kasman Karate
33. N64.Sulabayan – Abdul Malik Abd Bool
34. N66.Bugaya – Jamil Abdul Gapar
35. N67.Balung – Dr Munzier Mahamud
36. N68.Apas – Lim Ting Khai
37. N70.Kukusan – Francis Lawrence @ Yusop
38. N71.Tanjung Batu – Ahmad Dullah
39. N72.Merotai – Hasan Haris
40. N73.Sebatik – Suhurani Samman
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment