POLITIK

PRN Sabah: PN umum calon DUN Sindumin, lengkapi 41 calon bertanding

KOTA KINABALU – Perikatan Nasional (PN) Sabah hari ini menamakan Dg Nor Syafiqah Abdul Hamid sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengumuman Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee itu melengkapkan senarai 41 calon PN yang akan bertanding dalam PRN kali ini.

“Dengan pengumuman ini, lengkaplah senarai calon PN yang akan bertanding di bawah panji dan logo parti, membawa aspirasi ‘Kasi Bagus Sabah’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ronald, kesemua calon yang diketengahkan PN mempunyai tekad dan keupayaan untuk menyempurnakan amanah sebagai wakil rakyat sekiranya diberikan mandat oleh rakyat di kawasan masing-masing.

Terdahulu, Pengerusi PN Pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bahawa seramai 41 calon akan bertanding pada PRN kali ini.

Bagaimanapun, semasa majlis pengumuman calon yang diadakan di Penampang, hanya 40 calon yang disenaraikan dengan calon bagi DUN Sindumin diumumkan kemudian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button