BERITA SEMASA

‘Saya tak tahu apa-apa’ – Khairy

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan desas-desus bahawa beliau akan menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai satu spekulasi.

“Saya tidak tahu apa-apa (mengenai tawaran tempat dalam Kabinet). Ini semua spekulasi,” kata Khairy ringkas ketika diminta mengulas khabar angin tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Sesi Libat Urus Penduduk Bukit Damansara bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pusat Komuniti Bukit Damansara, di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan membuat rombakan Kabinet awal Disember ini, susulan kekosongan beberapa kerusi menteri.

Antara nama yang disebut-sebut termasuk Khairy Jamaluddin, yang dikatakan mungkin memegang jawatan sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air.

Khairy, yang pernah memegang pelbagai portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan terdahulu, sehingga kini belum mengesahkan sebarang minat atau persetujuan mengenai sebarang pelantikan baharu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button