Satu kes tibi dikesan, babitkan murid sekolah di Pontian
PONTIAN – Satu kes jangkitan Tuberkulosis (tibi) disahkan berlaku membabitkan seorang murid di sebuah sekolah di daerah ini.
Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin, insiden tersebut sudah disahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan sudah ditangani dengan segera.
“PKD Pontian telah mengenal pasti semua kontak rapat dan mereka diminta hadir ke Klinik Kesihatan Pontian untuk menjalani saringan kesihatan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Selain itu, sebagai langkah pencegahan awal, tindakan sanitasi serta pembersihan menyeluruh akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kenyataan sama, Aznan turut mengingatkan semua sekolah supaya sentiasa mematuhi arahan dan garis panduan KKM bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat.
“Kesihatan dan keselamatan murid serta guru adalah keutamaan kami. Kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan langkah pencegahan ini dilaksanakan dengan berkesan,” tambahnya lagi.
Khamis minggu lepas, enam murid di sebuah sekolah dalam daerah Kota Tinggi disahkan menghidap tibi hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM), namun keadaan dilaporkan terkawal dengan kesemua murid terlibat kini menerima rawatan dan pemantauan rapi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















