SARA catat jualan RM100 juta pada hari ketujuh pelaksanaan
KUALA LUMPUR – Bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatat jumlah jualan sebanyak RM100 juta dengan 1.7 juta penerima dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan sehingga pukul 10.30 malam tadi.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9 peratus berbanding 99 peratus yang direkodkan sehari sebelumnya.
Menurut kenyataan itu, usaha menambah baik serta memperluaskan kapasiti pemprosesan sistem sejak enam hari lalu berjaya menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai semalam.
“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lalu, lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada tujuh hari mencecah RM641.9 juta di seluruh negara,” jelas kenyataan itu.
Bantuan SARA yang dilaksanakan secara sekali beri menerusi MyKad sejak 31 Ogos memberi manfaat kepada 22 juta rakyat dengan peruntukan keseluruhan RM2 bilion.
SARA terbuka kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 dan boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













