22 juta rakyat boleh semak kelayakan Sara secara dalam talian
KUALA LUMPUR – Seramai 22 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad kini boleh menyemak kelayakan untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) melalui portal rasmi sara.gov.my.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, semua warganegara berusia 18 tahun ke atas, lahir pada 2007 atau lebih awal, layak menerima bantuan ini termasuk penerima sedia ada.
Menurut MoF, tiada pendaftaran atau permohonan diperlukan kerana kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang penipuan kerana bantuan akan terus dikreditkan ke akaun MyKad penerima mulai 31 Ogos ini, bersempena sambutan Hari Kebangsaan,” katanya lagi.
Bantuan berjumlah RM100 kredit Sara itu boleh digunakan sehingga 31 Disember di lebih 7,300 premis berdaftar seluruh negara, melibatkan lebih 100,000 barangan keperluan asas seperti beras, telur, ubat-ubatan, peralatan sekolah dan keperluan rumah.
Sekiranya baki kredit tidak digunakan, dana tersebut akan disalurkan semula kepada golongan rentan melalui program Kerajaan Madani.
MoF turut menjelaskan, isi rumah boleh menerima jumlah lebih besar. Contohnya, sebuah keluarga dengan empat ahli berusia 18 tahun ke atas layak menerima RM400 secara keseluruhan.
Dengan pelaksanaan itu peruntukan gabungan bagi STR dan Sara meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion pada 2025, iaitu 50 peratus lebih tinggi berbanding 2024.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








