BERITA SEMASA

RUU Jenayah Siber digubal kerana wujud kelemahan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber perlu digubal susulan wujudnya kelemahan terhadap undang-undang terdahulu.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, ketidaksepadanan antara undang-undang sedia ada dengan realiti semasa dikenal pasti sebagai isu paling kritikal.

“Kelemahan itu secara tidak langsung menjejaskan keberkesanan tindakan pihak berkuasa dalam menangani sindiket jenayah siber. Banyak peruntukan undang-undang dianggap tidak cukup tegas atau sudah lapuk terutama apabila berdepan dengan teknik penipuan yang semakin canggih.

“Lebih membimbangkan, tiada satu akta menyeluruh yang khusus menangani jenayah siber rentas sempadan, menyebabkan banyak kes gagal untuk dibicarakan atau ditangani secara tuntas.

“Di samping itu, hukuman yang dijatuhkan kadangkala terlalu ringan, tidak memberi impak pencegahan yang efektif kepada pelaku mahupun sindiket lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Shamsul Anuar berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu faktor kelemahan penguatkuasaan sehingga Malaysia kini dilihat menjadi destinasi pilihan sindiket ‘scammer’ antarabangsa.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar mengakui bahawa keterbatasan daripada segi kepakaran teknikal dan sumber manusia dalam kalangan pasukan forensik digital dan penguatkuasaan siber turut menjadi penghalang besar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button