RUU Anti-Buli dibentang di Parlimen sebelum sesi kali ini tamat
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Buli di Parlimen sebelum sesi kali ini berakhir.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan membentangkan RUU itu dalam masa terdekat.
“Insya Allah, RUU ini akan (dibentangkan) sebelum akhir sesi oleh BHEUU,” katanya sambil menambah bahawa ia akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Nancy berkata, RUU itu direka untuk menyediakan penyelesaian bagi pelbagai kes buli melalui sistem tribunal yang dicadangkan dan dirangka berdasarkan Tribunal Anti-Gangguan Seksual yang ditubuhkan pada 2022.
“(RUU ini) untuk meliputi kebanyakan kes yang dihadapi negara, terutama yang melibatkan kanak-kanak,” katanya ketika sidang media semasa Forum ICT Asean 2025 mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian, hari ini.
Nancy pada masa yang sama turut memuji kepantasan perkembangan undang-undang yang dicadangkan itu, walaupun ia belum diperkenalkan secara rasmi.
“Sebenarnya, (RUU) itu sangat baik, kerana ia sesuatu yang sedang kita lakukan dengan cepat, walaupun ia belum dibentangkan di Parlimen,” katanya lagi.
Pada 23 Okt lalu, Azalina dipetik sebagai berkata, tribunal yang akan ditubuhkan di bawah RUU berkenaan dijangka menyelesaikan kes-kes sivil berkaitan dengan lebih cepat berbanding membawanya ke mahkamah.
Beliau menambah, apabila kes buli melibatkan unsur jenayah, ia boleh dirujuk kepada polis untuk siasatan dan seterusnya dibawa ke mahkamah jenayah untuk pendakwaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








