Rusuhan Indonesia: Pakar ekonomi anggar kerugian cecah RM2.32 bilion
JAKARTA – Insiden rusuhan di Indonesia sejak minggu lalu mampu menyebabkan kerugian mencecah RM2.32 bilion dalam tempoh tiga hari.
Laporan media tempatan yang memetik pakar ekonomi menyebut, gangguan berterusan boleh menjejaskan pertumbuhan negara itu apabila rantaian bekalan terhenti dan perniagaan lumpuh.
Dianggarkan lebih 100 pusat beli-belah di Jakarta mencatatkan penurunan jualan hampir 50 peratus bersamaan kerugian sekitar 0.25 bilion rupiah (RM65 juta) sehari.
Kilang-kilang juga terpaksa menghentikan pengeluaran akibat masalah logistik.
Sementara itu, kejatuhan turut dirasai pasaran kewangan, apabila rupiah merosot ke paras 16,500 berbanding AS$1, manakala Indeks Harga Saham Gabungan (IHSG) jatuh selepas pelabur asing menjual pegangan dengan nilai jualan bersih 0.25 trilion rupiah (RM64.4 juta) hanya dalam empat hari.
Republik itu juga berdepan ancaman penutupan perniagaan secara kekal dan pemberhentian pekerja secara besar-besaran, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.
Rusuhan di Jakarta sejak minggu lalu tercetus susulan bantahan terhadap dasar kerajaan, termasuk kenaikan elaun perumahan Ahli Parlimen sehingga 50 juta rupiah (RM13,000) sebulan, selain isu kos sara hidup, pemotongan subsidi, pemecatan besar-besaran dan cukai hartanah tinggi.
Ia kemudian merebak ke bandar utama lain dan semakin tegang selepas penunggang e-hailing yang terbunuh dilanggar kenderaan taktikal polis di tapak rusuhan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








