Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 2 sen – MOF
KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara turun sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.26 dan RM2.63 seliter bagi tempoh 27 November hingga 3 Disember ini.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga runcit diesel di Semenanjung juga diturunkan 2 sen kepada RM3.08 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) juga kekal pada paras RM1.99 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut MOF, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







