
RM2.6 bilion kerugian harta benda akibat kebakaran
KUALA LUMPUR – Dianggarkan kira-kira RM2.6 bilion nilai kerugian bagi harta benda yang musnah direkodkan di seluruh negara akibat kebakaran sepanjang tahun lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pada tahun lalu juga, bomba merekodkan sebanyak 34,389 panggilan kebakaran.
“Sepanjang tempoh Ops Tahun Baru Cina 2023, sebanyak 747 kes kebakaran direkod dan 13 peratus daripadanya adalah kebakaran melibatkan bangunan.
“Kerugian RM2.6 bilion bukan jumlah yang kecil. Sebenarnya jumlah ini lebih besar daripada Belajawan 2024 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam Ops Tahun Baharu Cina Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di sini hari ini.
Sempena operasi itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama JBPM mengagihkan mengagihkan alat pemadam api kepada Pasukan Bomba Komuniti, Emergency Response Team (ERT) dan Pasukan
Bomba Sukarela serta pengguna-pengguna jalan raya.

Dalam pada itu beliau juga mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati ketika menjalani air.
Katanya, ini kerana negara masih lagi dalam tempoh bersiap siaga untuk Monsun Timur Laut dan Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah meramalkan Monsun Timur Laut akan berterusan sehingga Mac ini.
Sementara itu, Kor Ming berkata, selaku menteri di kementerian itu, beliau juga sentiasa memberi penekanan bahawa
perkhidmatan asas yang terbaik adalah misi utama Kementerian, iaitu jalan yang rata, lampu yang terang, longkang yang bersih.
“Pada tahun lepas, KPKT telah berjaya melaksanakan 5,196 projek prasarana
untuk rakyat dengan peruntukan RM700 juta.
“KPKT akan terus komited untuk memastikan semua jalan raya, lampu jalan dan sistem peparitan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai masalah atau kerosakan segera dibaiki dan ditambah baik bagi menjamin pemanduan yang lebih selamat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








