Rifle umum album debut, lancar single terbaharu ‘No King’
LONDON – Kumpulan punk dari London, Rifle, mengumumkan pelancaran album debut self-titled mereka yang dijadualkan berada di pasaran pada 16 Januari 2026 menerusi label Year0001.
Pengumuman itu dibuat serentak dengan pelancaran single utama berjudul No King.
Rifle ditubuhkan selepas vokalis, Max, dan pemain bass, Ross berkenalan melalui minat yang sama terhadap muzik ketika bekerja sebelum kumpulan itu berkembang dengan kemasukan Flynn sebagai pemain dram serta Albert dan Louis sebagai gitaris.
Rifle berkata, album sulung itu menampilkan tema berkaitan pengalaman hidup golongan pekerja selain mengetengahkan identiti London yang menjadi asas inspirasi mereka.
“Sebahagian korus dan melodi vokal dibentuk daripada gaya sorakan di stadium bola sepak yang mempunyai elemen lantunan bersama atau ‘sing-along’”, memetik laporan Dork.
Mereka turut berkata, kumpulan seperti Cockney Rejects dan Cock Sparrer banyak mempengaruhi cara mereka mendekati lirik dan etos sebagai sebuah band London.
Rifle memaklumkan proses rakaman album itu berbeza daripada kebiasaan apabila setiap ahli merakamkan bahagian masing-masing secara berasingan.
Namun, proses kreatif tetap berjalan lancar dengan semua anggota sentiasa memberi cadangan serta sokongan antara satu sama lain.
Mereka turut berkata, kerjasama dengan Jonah selaku penerbit sebagai pengalaman yang membantu memperkayakan idea dan arah muzik album tersebut.
Peminat muzik punk dijangka menantikan kemunculan album debut Rifle yang dilihat sebagai permulaan penting kepada perjalanan muzik mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








