BERITA SEMASAHIBURAN

Sony dijangka lancar PlayStation 5 Pro malam ini

KUALA LUMPUR – Sony bakal melancarkan versi terbaru konsol permainan video popularnya, PlayStation 5 Pro yang dijangka diperkenalkan malam ini menurut kenyataan di akaun media sosial Playstation.

Menurut laporan dari saluran YouTube Moore’s Law is Dead, PS5 Pro mungkin akan dijual pada harga sekitar AS$499 (RM2,383), sedikit lebih mahal daripada PS5 Slim yang dijual pada harga RM2,069 di Malaysia.

Khabar angin turut menyebut PS5 Pro mungkin tidak dilengkapi dengan pemacu optik dan Sony mungkin menurunkan harga PS5 Slim sebaik sahaja pelancaran Pro diumumkan.

Dari segi spesifikasi, PS5 Pro dijangka dilengkapi pemproses APU 4nm dengan teknologi AMD Zen 2, lapan teras, 56 unit pemprosesan (CU), 16GB memori GDDR6 serta bas memori 256-bit.

Spesifikasi itu dijangka mempertingkatkan prestasi grafik sehingga 4K dengan kelajuan pemprosesan yang lebih pantas.

Selain pelancaran PS5 Pro, Sony juga dilaporkan sedang membangunkan konsol mudah alih namun butiran lanjut masih belum diperoleh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button