
Guerrilla 450 : Estetika retro penuh berkuasa
DIDI Group selaku pengedar dan pengimport tunggal motosikal Royal Enfield semalam melancarkan model terbaharu mereka, Guerrilla 450, jentera roadster serba lincah sebagai pencabar baharu di pasaran.
Guerrilla 450, menggabungkan reka bentuk klasik dengan teknologi moden yang menawarkan prestasi berkuasa, seimbang dan posisi tunggangan lebih rendah.
Dijana enjin 452cc satu silinder dengan kuasa 40bhp pada 8,000 rpm dan tork 40 Nm pada 5,500 rpm, motosikal ini cukup mudah untuk dikendalikan, sama ada di jalan bandar yang sibuk atau di lebuh raya terbuka.
Jaminannya adalah pada enjin Sherpa 452cc yang sama digunakan pada jentera Himalayan, dan telah terbukti sebagai jentera paling lasak setakat ini.
Dengan transmisi enam kelajuan dan klas Assist dan Slip, tunggangan jentera ini pastinya cukup selesa pada kelajuan tinggi apatah lagi kuasa pada kelajuan sederhana.

Jentera ini tampil dengan elemen moden seperti sistem Engine Management System (EMS) dan teknologi ride-by-wire, membolehkan penunggang menukar antara Mod Prestasi dan Mod Eco mengikut keperluan.
Varian pertengahan dan tertinggi Guerrilla 450 juga hadir dengan Tripper Dash, sebuah paparan infotainmen 4-inci dengan navigasi Google Maps dan panduan suara dalam lebih 120 bahasa.
Lampu hadapan bulat dengan DRL LED berbentuk C memberikan sentuhan retro yang ikonik, manakala tangki bahan api berkapasiti 11 liter kelihatan cukup tegap di antara rangka badan yang kukuh.
Roda bersaiz 17 inci dengan tayar lebar memberikan keyakinan bahawa motosikal ini mampu menangani pelbagai keadaan jalan.
Di Malaysia, Guerrilla 450 akan dilancarkan dalam varian Flash, dengan dua pilihan warna utama iaitu Yellow Ribbon dan Brava Blue bermula RM28,700.


Kecekapan sistem brek dipadankan dengan ABS dua saluran dan mod tunggangan (Eco dan Performance) untuk semua varian.
Motosikal ini mampu mencapai kelajuan maksimum dianggarkan 150 km/j dan menawarkan ekonomi bahan api sekitar 29.5 km/l.
Sistem suspensi termasuk fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, memastikan tunggangan yang selesa di pelbagai jenis permukaan jalan.
Dengan keseimbangan antara gaya dan prestasi, motosikal ini pasti menjadi kegemaran ramai peminat dua roda yang mahukan kelainan.
Sementara itu pada majlis yang sama, Royal Enfield Malaysia turut melancarkan lima wajah terbaharu Classic 350 iaitu merangkumi empat varian Heritage Premium (Medallion Bronze); Signals (Commando Sand); Dark (Gun Grey dan Stealth Black); dan Chrome (Emerald).
Classic 350 dengan warna baharu ini akan dijual pada harga bermula RM23,700.

SPESIFIKASI GUERRILLA 450
Jenis: Penyejukan cecair, silinder tunggal, DOHC, 4 valve
Kapasiti: 452cc
Maximum Kuasa: 40PS (29.44kW) @ 8000rpm
Maximum Tork: 40Nm @ 5500rpm
Sistem Mula: Elektrik
Klac: Wet Multiplate, Slip & Assist
Gearbox: 6-kelajuan
Casis dan Suspensi
Jenis: Steel, Tubular Frame
Suspensi Depan: Fork teleskopik 43mm
Tayar Depan: 140mm
Suspensi Belakang: Monoshok jenis linkage
Tayar Belakang: 150mm
Dimensi dan Berat
Jarak Roda: 1440mm
Panjang: 2090mm
Lebar: 833mm
Tinggi: 1125mm (tanpa cermin)
Tinggi Kerusi: 780mm
Berat Kering: 174kg
Berat (90% Minyak)
Kapasiti Minyak: 11 liter
Brek dan Tayar
Tayar Depan: 120/70 R17
Tayar Belakang: 160/60 R17
Brek Depan: Brek Cakera Hydraulic, Cakera Ventilasi 310mm, Kaliper Dual Piston
Brek Belakang: Brek Cakera Hydraulic, Cakera Ventilasi 270mm, Kaliper Piston Tunggal
ABS: ABS Dual Channel
Elektrik
Sistem Elektrik: 12V
Bateri: 12V, 8AH
Lampu Depan: LED
Lampu Belakang & Signal: LED integrasi lampu belakang dan signal.
Peralatan Lain: Mod Tunggang, pengecasan USB-C
Klaster: Paparan TFT 4 inci dengan konektiviti telefon, sistem navigasi dikuasakan oleh Google Maps, dan kawalan media.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











SPESIFIKASI GUERRILLA 450 


