Remaja perempuan 19 tahun dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa
IPOH – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika mendaki di Bukit Changkat Asa berhampiran Tanjong Malim, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.26 tengah hari dan segera menggerakkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian.
“Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, berusia 19 tahun, dipercayai tersesat ketika sedang turun dari bukit berkenaan selepas mendaki bersama lima rakan dan ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan malam semalam.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada pukul 7 malam tadi dan kes tersebut akan diserahkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















