BERITA SEMASA

Remaja lelaki lari sambil berbogel ditahan, pernah dapat rawatan psikiatri

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas tular berlari dalam keadaan bogel di simpang tiga, Persiaran Kayangan, Seksyen 8 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden itu pada jam 8.30 pagi.

“Sepasukan anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Seksyen 6 segera digerakkan ke lokasi dan menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

“Remaja tersebut berjaya dipujuk dan ditenangkan sebelum dibawa ke balai polis.

“Anggota Balai Polis Seksyen 6 telah memberikan pakaian kepada remaja tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, remaja itu didapati hanya boleh berintraksi menggunakan isyarat tangan dan dia telah menulis nombor telefon orang yang boleh dihubungi.

“Seorang lelaki telah hadir ke balai polis dan memaklumkan bahawa anak saudaranya itu mengalami masalah gangguan mental serta pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Remaja terbabit kini diserahkan kepada bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button