BERITA SEMASA

Remaja cuba berenang rentasi lombong dikhuatiri lemas

IPOH – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba berenang melintasi sebuah bekas lombong di Jalan Kilang Simen berhampiran Gopeng, dekat sini petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.50 petang dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

“Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fazrul Qusry, 18 tahun, dipercayai lemas ketika cuba melintasi kolam tersebut.

“Rakannya cuba mencari mangsa selama kira-kira 30 minit sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, operasi mencari mangsa ditangguhkan kira-kira pukul 11 malam tadi berikutan cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad.”Namun, anggota kami terus pemantauan berkala sepanjang malam. Operasi disambung semula pada pukul 8 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, operasi SAR melibatkan tujuh anggota bomba, enam pegawai polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button