BERITA SEMASA

Seorang daripada dua beradik dihanyut arus deras ditemui tidak sedarkan diri

Abang masih hilang

KAJANG – Salah seorang daripada dua beradik yang dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola dari dalam longkang di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, di sini hari ini, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu ditemui di Sungai Kantan, pukul 7.47 malam tadi.

Bagaimanapun katanya, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, di sini, pukul 10 malam tadi ketika sedang mendapatkan rawatan.

“Seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga abang kanak-kanak berkenaan dan turut dihanyutkan arus ketika kejadian masih belum ditemui,” katanya.

Naazron berkata, operasi SAR masih dijalankan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam bagi mencari abang mangsa.

Laporan media sebelum ini mneyebut, dua beradik berkenaan dipercayai lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika cuba menambil bola yang terjatuh dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, petang tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button