LUAR NEGARA

Pasukan penyelamat temukan 4 jasad penyelam warga Itali dalam ‘Gua Jerung’

MALE, Maldives – Jasad empat pelancong Itali yang hilang ketika menyelam di sebuah gua bawah laut di Maldives, Khamis lalu, berjaya ditemukan, hari ini.

Menurut The New York Post, jasad Monica Montefalcone, 52; anak perempuannya, Giorgia Sommacal, 20; Muriel Oddenino, 31, dan Federico Gualtieri, 31, ditemukan dalam kawasan Thinwana Kandu yang turut dikenali sebagai ‘Gua Jerung’.

Terdahulu, jasad jurulatih selamanm Gianluca Benedetti, 44; sebelum ini ditemukan Jumaat lepas.

Operasi pencarian tersebut turut meragut nyawa seorang anggota penyelam penyelamat Maldives, Sarjan Mejar Mohamed Mahudhee, Sabtu lalu, menjadikan jumlah korban tragedi itu meningkat kepada enam orang.

Operasi pencarian dilakukan oleh pasukan penyelam elit dari Finland yang diterbangkan khas ke Maldives oleh Divers Alert Network Europe selepas pihak berkuasa tempatan menghadapi kesukaran untuk menyelam ke kedalaman kira-kira 150 meter bagi memasuki kawasan gua berkenaan.

Pasukan itu terdiri daripada penyelam berpengalaman, Sami Paakkarinen, Jenni Westerlund dan Patrik Grönqvist, yang pernah terlibat dalam operasi menyelamat pasukan bola sepak remaja Thailand di dalam gua pada 2018.

Kementerian Luar Itali memaklumkan punca sebenar kematian lima mangsa masih belum dikenal pasti, manakala operasi membawa keluar empat jasad tersebut dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button