2 kanak-kanak lelaki ditemukan lemas
SHAH ALAM – Dua kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Seksyen 24 di sini semalam.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kedua-dua mangsa yang berusia 9 tahun dan 12 tahun ditemu kan dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia.
Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian, sejurus menerima laporan berhubung kejadian pukul 7.19 petang semalam.
Komander operasi melaporkan, terdapat dua mangsa terdiri daripada kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 9 dan 12 tahun telah terjatuh ke dalam parit.
Operasi mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum dua kanak-kanak terbabit ditemukan.
Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








