Rasuah projek fidlot Kedah: Ahli Parlimen, ahli perniagaan didakwa Isnin ini
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, bersama seorang lagi individu akan didakwa Isnin ini atas pertuduhan rasuah berhubung kes projek usahasama ternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, SPRM telah mendapat izin mendakwa kedua-dua suspek berkenaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, Selangor.
“Ahli parlimen tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 dengan satu pertuduhan iaitu bersubahat menerima rasuah.
“Ahli Parlimen itu ditahan semalam bagi tujuan pertuduhan yang membabitkan projek fidlot kerajaan negeri, manakala ahli perniagaan tersebut telah ditangkap pada Mac lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SPRM menahan Ahli Parlimen berkenaan bagi tujuan pertuduhan melibatkan satu kes usaha sama ternakan lembu milik kerajan negeri Kedah manakala ahli perniagaan tersebut telah ditangkap pada Mac lalu dan dilepaskan dengan jaminan.
Siasatan yang dijalankan sejak bulan Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.
Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari 2025 dan siasatan telah dijalankan dengan 15 orang saksi telah dirakam percakapan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








