BERITA SEMASA

Proses PMKS perlu jelas, birokrasi dipermudahkan – Steven Sim

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menegaskan proses dan prosedur kerajaan bagi peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu dipermudahkan dan diselaraskan bagi mengelakkan kekeliruan di lapangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah ini bertujuan memastikan peniaga Malaysia dapat beroperasi dengan jelas tanpa tafsiran berbeza terhadap peraturan yang sedia ada.

“Strategi ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk meningkatkan produktiviti, mempermudah birokrasi, memperluas capaian modal serta memperkukuh akses pasaran bagi PMKS di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Steven Sim turut menyokong penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, bahawa hiasan bertemakan Hari Natal di premis makanan dan hotel tidak melanggar syarat pensijilan halal JAKIM.

“Panduan ini harus dihormati bagi memastikan pelaksanaan di lapangan konsisten dan jelas.

“Usahawan perlu diberi kemudahan dan keyakinan untuk terus maju, sementara kerajaan memastikan prosedur yang mudah dan selari di semua peringkat,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan kepentingan langkah ini dalam memperkukuh perniagaan PMKS tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button