PMKS disasar sumbang 41 peratus KDNK menjelang 2025 – Ewon Benedick
KUALA LUMPUR – Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) disasarkan untuk menyumbang sebanyak 41 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Menurut Ewon, sasaran tersebut sasaran itu ditetapkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) merangkumi nilai eksport sebanyak 15 peratus.
“Dalam RMK-12 sasaran sumbangan PMKS kepada PMKS sebanyak 41 peratus menjelang 2025 dengan nilai eksport oleh PMKS kita sasarkan kepada 15 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Seminar dan Dialog ASEAN Hong Kong, China (AHKC) PMKS menuju amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), di ibu negara, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi SME Corporation Malaysia, Libera Cheng Ching-mon, Ketua Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jakarta serta Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy.
Acara yang disertai lebih 300 peserta PKS tempatan, negara anggota ASEAN, Hong Kong dan China itu merupakan platform memupuk kesedaran tentang amalan ESG serta berkongsi amalan terbaik mengenai kelestarian dalam kalangan negara ASEAN.
@malaysiatribune Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) disasarkan untuk menyumbang sebanyak 41 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. Menurut Ewon, sasaran tersebut sasaran itu ditetapkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) merangkumi nilai eksport sebanyak 15 peratus. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Seminar dan Dialog ASEAN Hong Kong, China (AHKC) PMKS menuju amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), di ibu negara, hari ini. #pmks #sme #smecorp #malaysiatribune #kuskop #pks #usahawan #perniagaan #bisnesonline
Mengulas lanjut, Ewon berkata, pihaknya optimis sasaran terhadap KDNK tersebut mampu dicapai sekiranya PMKS di seluruh negara membudayakan amalan ESG dalam operasi mereka, sekali gus mampu menembusi pasaran dunia.
“Amalan ESG sangat bertepatan sekali dan harus tingkatkan tahap kesedarannya dan sebab itu di peringkat KUSKOP kita telah melancarkan ESG ‘quick guidelines’ iaitu panduan asas ESG kepada PMKS di seluruh negara kita yang kita lancarkan pada Februari lalu,” kata Ewon lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai tahap pelaksanaan ESG oleh PKS di negara, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy berkata, penglibatan PKS dalam program yang dianjurkan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) amat menggalakkan.
“Di bawah SME Corp kita punya Program PKS Lestari yang diperkenalkan pada tahun 2023 yang mana kita telah bekerja sama dengan syarikat besar seperti Petronas dan sebanyak 2153 PKS telah terlibat dalam seminar kesedaran ini.
“Pada tahun ini kita telah bermula dengan satu libat urus iaitu e-invois ianya juga salah satu perkara dalam ESG untuk lebih telus, lebih tepat dalam menjalankan perniagaan.
“Akan ada dua seminar lagi di Johor dan
Kuala Lumpur dan tiga latihan ESG kepada PKS dan kita akan tekankan intergriti beri keutamaan kepada integriti yang mana ia juga elemen dalam ESG iaitu tatakelola yang baik,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








