BERITA SEMASA

Alexander jalankan tugas Menteri KUSKOP

PUTRAJAYA – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berkuat kuasa esok.

Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lalu.

“Kerajaan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan diberikan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick sepanjang tempoh beliau memegang jawatan Menteri KUSKOP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ewon mengumumkan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan 8 Nov lalu di laman sosial susulan tidak bersetuju dengan pandangan kerajaan dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peletakan jawatan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober yang memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button