Prof Kamil mohon hadiahkan bacaan Yassin buat rohnya
SHAH ALAM – Isteri pendakwah dan penulis prolifik, Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim memohon agar orang ramai mendoakan suaminya yang kini dirawat di Hospital Al Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam di sini.
Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Raudzah Roslan menulis: “Muhd Kamil Ibrahim pesan mohon hadiahkan surah Yassin buat rohnya.”
Dalam satu hantaran lebih awal, Raudzah menyatakan suaminya dalam keadaan tidak sedar sejak awal pagi tadi.

“Semalam seharian tangannya seolah-olah sedang tahiyat akhir. Sesekali bibir melafaz takbir, tahmid dan ya Allah, ya Latif.
“Biasanya suamiku, Muhd Kamil Ibrahim lebih dahulu bangun sekitar 3.30 pagi. Paling lewat 4.30 pagi kemudian meminta diambilkan wuduk atau tayammum di hospital. Subuh ini .. sudah tidak sedar,” katanya.
Beliau turut menitipkan doa yang bermaksud: “Ya Allah, Tuhan manusia, penghilang sakit, sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh selain Engkau, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.”
Awal Disember tahun lalu, Prof Kamil disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4.
Sebelum itu beliau juga didiagnosis menghidap penyakit buah pinggang hingga perlu rawatan dialisis tiga kali seminggu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





