POLITIK

PRN Sabah: PAS jangka letak calon di 12 kerusi

KOTA BHARU – Parti PAS dijangka akan bertanding di 12 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, bulan depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, senarai calon masih dalam peringkat perbincangan dengan BERSATU dan parti komponen lain, lapor HM Online.

“Kita jangka akan bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Karambunai dan Tanjung Keranat.

“Perbincangan dengan BERSATU masih lagi dijalankan kerana ada beberapa kerusi berlaku pertindihan. Insya Allah kita akan umum calon dalam dua minggu lagi,” katanya.

Mohd Amar berkata demikian dalam Ceramah Umum Sambutan 70 Tahun PAS Kelantan, di sini malam tadi.

Beliau menambah, PAS menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 Nov depan sebagai hari penamaan calon, 25 Nov pengundian awal dan 29 Nov hari mengundi bagi PRN Sabah ke-17.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya akan dipertandingkan dan enam lagi kerusi lantikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button