BERITA SEMASA

PRN Negeri Sembilan: Kesemua pusat penamaan calon ditutup pukul 10 pagi tadi

SEREMBAN – Kesemua lapan pusat penamaan calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 ditutup pukul 10 pagi tadi selepas sejam dibuka bermula pukul 9 pagi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di PPC masing-masing.

Dengan berakhirnya proses penamaan calon itu, bermulalah kempen PRN Negeri Sembilan selama 14 hari seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 11.59 malam pada 31 Julai.

Terdahulu, penyokong calon-calon yang bertanding mula berkumpul di kesemua PPC berkenaan seawal 7 pagi dan cuaca baik ketika proses penamaan berlangsung.

Berdasarkan daftar pemilih SPR yang dikemas kini hingga 4 Jun 2026, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 889,490 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRN kali ini, merangkumi 867,151 pengundi biasa, manakala 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis sebagai pengundi awal.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, dengan hari pengundian awal pada 28 Julai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button