JENAYAH & MAHKAMAH

Premis didenda RM7,000 jual cecair vape tanpa amaran kesihatan

KEMAMAN – Sebuah premis menjual vape didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan cecair vape tanpa label amaran kesihatan seperti ditetapkan di bawah undang-undang.

Majistret Marsha Abdul Malik menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik Asaifa Kemaman Trading selepas pengakuan bersalah direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, premis berkenaan didakwa menawarkan cecair vape jenama Revolt dalam pelbagai perisa yang dibungkus tanpa cetakan teks dan imej amaran kesihatan yang diwajibkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis berkenaan di Jalan Air Putih, Chukai, pada pukul 9.05 malam, 21 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan, Mohd Azman Mohd Ramli dan Ahmad Nazmi Mat Yusoff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button