
BERITA SEMASA
Prasarana raikan pengamal media berbuka puasa
KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meraikan lebih 100 pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di ibu negara hari ini.
Ketua Komunikasi Kumpulan Prasarana, Adli Abdul Karim berkata, ia merupakan tradisi setiap tahun tanda terima kasih kepada pihak media tempatan.

“Kita mahu menyantuni pengamal media dengan berbuka puasa bersama untuk rapatkan hubungan,” katanya di sini hari ini.
Adli berkata, pihaknya sentiasa menghargai semua pihak media yang terus memberikan sokongan terhadap organisasi berkenaan.
“Aktiviti begini boleh mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua pihak di masa hadapan.
“Jika ada sebarang isu berbangkit akan memudahkan kesemua pihak kerana hubungan yang sedia terjalin,” katanya lagi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








