‘Langkah seterusnya saya umum selepas raya haji – Rafizi Ramli
PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan sudah merancang hala tuju seterusnya selepas tempoh cutinya tamat pada 17 Jun ini namun memilih untuk tidak mengulas lanjut buat masa ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau akan berkongsi perancangannya apabila tiba masa yang sesuai selepas sambutan Aidiladha.
“Saya memang dah ‘plan’ apa nak tumpu selepas ini, tapi biarlah semua orang tenang, (sambut Hari) Raya Haji dan sebagainya. Apa-apa saya kongsi kemudian,” katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.
Rafizi sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025 dan telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut mengikut jejak Rafizi ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang melepaskan jawatan dalam Kabinet berkuat kuasa 4 Julai ini.
Peletakan jawatan sebagai menteri itu dibuat selepas kekalahan dalam Pemilihan PKR 2025 yang disifatkan mereka sebagai kehilangan mandat ahli parti.
Sepanjang tempoh bercutinya, Rafizi memaklumkan beliau kini mengambil peluang membalas ribuan mesej selain aktif menyertai perbualan di media sosial.
“Saya dah mula cuti hari Rabu, misi sekarang nak balas beribu-ribu mesej dan sertai sembang dekat X,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








