Polis trafik KL bantu bersih lokasi kemalangan dipuji netizen
KUALA LUMPUR – Tindakan pantas dan prihatin sekumpulan anggota polis trafik membersihkan lokasi kemalangan di persimpangan Jalan Perak/Jalan P. Ramlee, di sini, semalam dipuji orang awam.
Dalam kejadian petang semalam, dua anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Koperal Mohd Nasrul Bistaman dan Konstabel Muhammad Zuhairy Aziz bertindak membantu membersihkan sisa kemalangan bagi melancarkan semula aliran trafik di lokasi terbabit.
Mereka turut dibantu dua lagi rakan setugas, Koperal Muhammad Qusairy Abd Wahab dan Konstabel Wilson Maranda serta beberapa orang awam yang berada berhampiran.
BACA : Anggota trafik IPD Klang Utara bantu tolak kereta rosak di tengah jalan
Tindakan tersebut bukan sahaja mencerminkan nilai murni dan dedikasi dalam menjalankan tugas, malah mencerminkan semangat kerjasama antara polis dan masyarakat.
Rakaman kejadian dimuat naik oleh pengguna TikTok @Abam_Trafficman dan menerima pelbagai reaksi positif yang mengungkapkan penghargaan terhadap sikap prihatin anggota polis terbabit.
“Polis macam inilah rakyat akan respect. Terima kasih tuan,” komen @Rajdav Sidhu.
“Salam abam polis, semoga istiqamah memberi khidmat untuk orang ramai,” tulis @Hero pula.
Setakat ini video tersebut telah menerima lebih 563,300 tontonan, 13,000 tanda suka dan 882 komen di TikTok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













