BERITA SEMASA

Anggota trafik IPD Klang Utara bantu tolak kereta rosak di tengah jalan

KLANG – Tindakan pantas dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara membantu sebuah kenderaan rosak di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru – Jalan Batu Belah, di sini semalam mendapat pujian ramai.

Dalam kejadian tersebut, Koperal Nor Azlizam Abd Razak dan Koperal Muhammad Hilmi Ruzaini Ab Rashaid dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Klang Utara dilihat menghulurkan bantuan dengan menolak kenderaan tersebut ke tepi jalan.

Kereta Wolkswagen berwarna putih yang rosak di depan lampu isyarat menghalang lalu lintas di jalan tersebut.

Tindakan mereka bukan sahaja membantu melancarkan semula aliran trafik yang terganggu, malah memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain terpelihara.

Usaha murni dua anggota itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Polis Daerah Klang Utara dengan tanda pagar #BiarJasaJadiKenangan.

“Terbaik abang-abang polis,” komen Andy Kannan.

“Warga Polis Klang Bandar Diraja memang terbaik,” tulis Ilham Budi Kedua.

Sikap prihatin dan pantas anggota berkenaan wajar dijadikan contoh, selaras dengan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button