JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lebih 400 disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lebih 400 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian di ibu negara, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan, lapor portal Mkini.

“Saya sahkan perkara itu berlaku dan tangkapan melibatkan jumlah yang ramai,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Laporan media semalam menyebut, polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara selepas menahan lebih 100 individu dalam satu serbuan di sebuah menara komersial di Bangsar South.

Video operasi tersebut turut menjadi tular di media dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Antara dakwaan netizen termasuk bangunan itu mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian yang didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button