Polis tahan Chegubard
Susulan video tular ceramah berunsur hasutan dan dakwaan tidak berasas berhubung institusi Diraja.
KUALA LUMPUR – Pihak polis menahan Ketua BERSATU Port Dickson, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham bagi membantu siasatan membabitkan video tular ceramah berunsur hasutan dan dakwaan tidak berasas berhubung institusi Diraja.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, pihaknya mengesan satu hantaran oleh akaun TikTok memaparkan lelaki dikenali sebagai Chegubard sedang menyampaikan ceramah berunsur hasutan, kelmarin.
Susulan itu, siasatan berhubung video berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman sejurus laporan polis diterima.
“Polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai sebagai penceramah dalam video berkenaan bagi membantu siasatan pada 10.25 malam, semalam.
“Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau turut menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan sehingga boleh menimbulkan kegentaran awam serta mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





