BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat video kanak-kanak jenguk keluar tingkap kereta

KOTA TINGGI – Polis telah membuka siasatan berhubung aksi berbahaya dua kanak-kanak yang dilihat menjenguk keluar dari tingkap sebuah kereta ketika sedang bergerak laju selepas ia tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, rakaman berdurasi 49 saat itu yang dikesan dimuat naik ke aplikasi X sekitar pukul 1.50 hingga 2 petang semalam itu dipercayai berlaku di Jalan Kota Tinggi, berhampiran Muzium Kota Tinggi.

“Rakaman menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna hitam dipandu di kawasan berkenaan dengan dua kanak-kanak kelihatan mengeluarkan kepala melalui tingkap belakang.

“Polis memandang serius kejadian ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun, didenda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video berkenaan turut merakam had kelajuan kenderaan tersebut mencecah 85 kilometer sejam.

Pemilik rakaman yang berada di kenderaan lain membunyikan hon sebagai amaran namun tiada tindakan segera diambil oleh pemandu.

Individu yang merakam kejadian turut menegur pemandu, sebelum lelaki itu menjelaskan bahawa isterinya sedang menjaga dua anak kecil berkenaan di tempat duduk penumpang belakang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button