JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru lelaki dikehendaki, miliki 25 rekod jenayah

REMBAU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang bertindak merempuh dua kenderaan sebelum meloloskan diri ketika dikejar peronda dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian berlaku pukul 10 malam tadi selepas polis cuba menahan suspek berusia 30 tahun berkenaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan sedang memandu sebuah kereta jenis Volkswagen Passat.

Semakan mendapati, cukai jalan dan insurans kereta itu telah tamat 7 Mei lalu.

“Suspek terus memecut dan memandu secara zig-zag ketika diarahkan berhenti sebelum dikejar sejauh 17 kilometer.

“Laluan di Kilometer 242 kemudian ditutup dengan bantuan peronda lain, namun suspek memandu secara melawan arus dan merempuh kereta Proton Saga dan Toyota Yaris sebelum berhenti di lorong kecemasan lalu melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran,” katanya.

Menurut Azmi, semakan melalui kad pengenalan yang ditemukan di dalam kereta mendapati, suspek dari Sungai Pelek, Selangor itu dikehendaki polis bagi kes Akta Dadah Berbahaya di Seremban dan turut mempunyai 25 rekod jenayah.

Tambahnya, Volkswagen Passat itu masih didaftarkan atas nama seorang lelaki yang telah meninggal dunia dan suspek tidak memiliki lesen memandu yang sah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button