JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru lelaki bertindak agresif, pegang kayu di Plaza Tol Sungai Long

KAJANG – Polis memburu dua lelaki yang dilapor bertindak agresif dengan memegang objek dipercayai kayu di Plaza Tol Sungai Long, Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE), dalam satu kejadian yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima satu laporan pada pukul 9.08 malam berkaitan insiden tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada hari yang sama kira-kira pukul 9 pagi, melibatkan dua individu, dengan seorang daripadanya memegang objek yang disyaki kayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, tindakan agresif itu telah mengganggu aliran trafik di kawasan berkenaan dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-974 0758.

Terdahulu, tular video memaparkan dua lelaki dengan memegang sebatang kayu menghampiri sebuah kereta Perodua Alza berwarna perak yang cuba memasuki lorong Touch n Go bagi lori, teksi dan bas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button