BERITA SEMASAPMX

PM rasmi pelancaran semula Rakan Muda

Beri ruang anak muda memilih

BANGI – Program Rakan Muda merupakan ‘pentas persediaan’ bagi melahirkan anak muda dengan cita-cita murni dan nilai kemanusiaan tinggi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara hebat di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program yang dilancarkan semula hari ini program berkenaan turut memberi ruang kepada anak muda untuk menerapkan nilai kemanusiaan dan saling hormat antara satu sama lain.

“Kerangka besar adalah mempersiapkan suatu generasi mempunyai cita-cita murni, nilai kemanusiaan, nilai insan, hormat antara satu sama lain.

“Yang senang dengan kebaikan, persaudaraan, kemajuan, teknologi baru dan senang dengan muzik,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya ketika Majlis Pelancaran Semula Rakan Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Timbalannya, Adam Adli; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

“Saya lega mendengar sendiri daripada saudara, semangat iltizam anak muda kerana Rakan Muda ini satu program yang memberi ruang anak muda memilih.

“Ini pendekatan Malaysia Madani, tak mahu pemikiran lapuk, terkongkong, jumud, memecah belah. Kita semua adalah bersaudara Cina, Melayu, India, Dayak.

“Siapa yang akan kekalkan Malaysia, yang tentukan (masa depan) bukan orang tua lapuk pemikiran, pecah belahkan kaum. Yang akan tentukan keamanan adalah saudara, bekerja menyelamatkan anak bangsa,” kata Anwar lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button