PM mahu pembinaan RKAT di Sandakan disegerakan
SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Batu 10, di sini disegerakan.
Beliau berkata, isu berkaitan masalah tanah bagi projek berkenaan akan cuba diselesaikan dengan kerjasama kerajaan negeri yang berkuasa dalam hal ehwal pentadbiran tanah.
Anwar menambah, kerajaan sudah memperuntukkan RM190 juta bagi projek berkenaan.
“Saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan sekali-kali mengabaikan kebajikan para anggota.
“Usaha terus dipergiat untuk mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur, termasuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan pembinaan jeti baharu di Pangkalan TLDM Sandakan, demi keselesaan serta kesejahteraan anggota dan keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sarapan Mesra Wira Samudera, di sini hari ini.
Katanya, laporan kemajuan projek berkenaan perlu diserahkan kepadanya dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya, kerajaan juga meluluskan pembinaan jeti baharu di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) bernilai RM122 juta tahun ini.
Anwar turut memaklumkan, kedua-dua projek itu mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kebajikan anggota ATM terus terpelihara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








