PM hadir sambutan Gawai Dayak 2025, erat hubungan Persekutuan-Negeri
KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini.
Lawatan kerja selama sehari itu adalah sebagai tanda mengeratkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak serta sokongan terhadap warisan dan kebudayaan masyarakat Dayak di negeri ini.
Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4.28 petang tadi dengan pesawat khas, dan disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hadir sama mengiringi ketibaan beliau ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian.
Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook rasminya, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan singkat bersama Premier Sarawak serta pimpinan kanan negeri.
“Alhamdulillah kami dapat membincangkan pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama, termasuk usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak,” ujar beliau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








