BERITA SEMASA
PJ, kawasan sekitar dilanda gangguan bekalan elektrik – TNB
KUALA LUMPUR – Satu gangguan elektrik melanda beberapa kawasan di Petaling Jaya termasuk Bandar Utama dan kawasan sekitarnya, hari ini.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan di platform media sosialnya mengesahkan kejadian itu.
TNB memaklumkan, pasukan teknikalnya kini berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi memulihkan bekalan.
Syarikat utiliti itu dalam maklum balas susulan kepada pengguna media sosial berkata, kerja-kerja pemulihan dijangka mengambil masa sekitar dua hingga empat jam bergantung kepada keadaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







