BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis kesan wanita hilang selepas tinggalkan kediaman di Petaling Jaya

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 November lalu selepas meninggalkan kediamannya di Mentari Court, Taman Seri Mentari, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Noor Eda Fariza Abu Bakari, 37, pada pukul 4.20 petang, 11 November lalu.

“Mangsa kali terakhir dilihat meninggalkan rumah pada pukul 8.30 pagi, 10 November.

“Butiran fizikal mangsa dengan ketinggian 158 sentimeter, berat 38 kilogram, muka bujur, berkulit cerah, rambut hitam, berbadan kurus manakala pakaian terakhir tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Lau Chee Ung di talian 014-3467568 atau 03-78752222 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button