GAYA HIDUPLUAR NEGARA

Wanita Ukraine curi tumpuan netizen, kongsi kehidupan asimilasi budaya India

NEW DELHI – Kisah seorang wanita Ukraine yang berjaya menyesuaikan diri dengan budaya India selepas lebih lapan tahun menetap di negara itu mencuri perhatian netizen di media sosial.

Viktoriia Chakraborty yang berkahwin dengan seorang lelaki India, berkongsi pengalaman hidupnya menerusi sebuah video di Instagram yang kini tular dengan ratusan ribu tontonan, lapor portal Times Of India.

Menurut Viktoriia, perubahan paling ketara ialah apabila pakaian tradisional India kini sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Wanita Ukraine
Viktoriia berkongsi sari sudah menjadi antara pakaian utamanya sejak berkahwin.

“Sari perlahan-lahan menjadi sebahagian pakaian dalam almari saya.

“Tidak dapat saya bayangkan menghadiri perkahwinan atau majlis lain tanpa memakainya,” kata Victoria.

Selain itu, beliau juga berkongsi tentang cara makannya yang kini berubah.

“Makan makanan tradisional dengan tangan terasa begitu semula jadi sekarang dan ya rasanya memang lebih enak begitu,” katanya sambil menegaskan amalan itu kini sudah menjadi kebiasaannya.

Beliau menambah, pengalaman menyambut pelbagai perayaan di India turut menjadi detik yang paling bermakna baginya.

“Perayaan adalah antara masa kegemaran saya setiap tahun. Warna-warni, cahaya dan sambutannya sentiasa membuatkan saya rasa seperti berada di rumah sendiri,” ujarnya.

Wanita Ukraine
Perkahwinan pasangan berbeza budaya dari Ukraine dan India ini telah menarik perhatian netizen.

Video tersebut berjaya meraih ratusan ribu tontonan dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap keterbukaannya menerima budaya baharu.

“Anda kelihatan cantik dan lebih bergaya dengan pakaian tradisional India berbanding kebanyakan orang,” komen seorang netizen.

“Kami sangat gembira mengetahui anda menerima budaya ini dan menikmatinya,” tulis seorang warga India pula.

Kisah Viktoriia menjadi bukti bagaimana cinta dan keterbukaan mampu merapatkan jurang budaya serta mencipta rasa kekitaan di tanah asing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button