BERITA SEMASA

Gangguan elektrik pulih sepenuhnya petang tadi – TNB

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan petang tadi pulih sepenuhnya pukul 5.54 petang tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam hantaran di akaun X miliknya berkata, insiden tersebut susulan gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka

“TNB mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pelanggan yang terkesan dan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi akibat dari gangguan bekalan ini.

“Untuk melaporkan sebarang gangguan bekalan, salurkan aduan melalui saluran rasmi seperti SARA Chatbot di [myTNB](http://mytnb.com.my), talian 15454, mesej peribadi di Facebook TNB Careline, X @Tenaga_Nasional, atau e-mel ke [tnbcareline@tnb.com.my](mailto:tnbcareline@tnb.com.my),” katanya.

Sebelum ini, beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Kepong dan Petaling Jaya dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik petang tadi.

TNB dalam kenyataan di laman rasmi TNB Care Line memaklumkan, pasukan teknikalnya sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi memulihkan bekalan secepat mungkin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button